MAKTAB?

Poor panda XO 

 Morning world :* Open eyes big big #brokenenglish. Hee this morning agak kebosanan so me, decided nak post entry baru. So semalam keputusan temuduga for Maktab Perguruan dah keluar. OHYEAH me got a place for the temuduga :] \senyumpaksa/ Hmm bukan tak happy dapat temuduga, but saya tak nak jadi cikgu sebab saya TAK RETI MENGAJAR !! And yah bila parents dapat tau pasal ni, dorang happy gila. Terpancar wajah kegembiraan mereka yang tidak terkata kerana ternyata impian mereka untuk melihat salah seorang anak mereka untuk menjadi seorang guru hampir tercapai. #ayatskema Hehe maaf ayat skema sebentar. YA, parents saya nak sangat saya jadi cikgu and reasons dia adalah *dududududududu* *drum roll*



  1. Saya seorang perempuan ayu. Perempuan kalau jadi cikgu, banyak masa kat rumah. Boleh jaga makan minum suami.
  2. Keluarga saya ramai yang jadi cikgu. Datuk, nenek, moyang, nenek moyang, sedara mara ramai jadi cikgu. So, kiranya nak teruskan warisan. 
  3. Sebab kerja cikgu ni senang. (Senang ke? Aku tolong mak bapak aku semak buku pun dah naik gila)
  4. Kerja kerajaan dapat pencen. So ada la jugak duit masuk bila dah pencen nanti.
  5. Aku nak jadi akauntan. Tapi my mom risau nanti tak dapat kerja sebab akauntan ni banyak saingan and tak banyak peluang kerja. Betul ke? \Aku rasa kerja apa pun ada saingan dia. Yang penting usaha/
  6.  " Nak dapat tawaran maktab ni bukan senang dik oi~~ "

Are these reasons acceptable? @___@ Argh pening kepala. Before dapat tawaran, dah semangat nak masuk matriks, jadi akauntan. But bila dapat maktab rasa macam taktau nak buat pilihan pulak. Hmm apa apa pun berserah je la. 


P/S: Anyway, wish me luck for this interview. Salam ;) 

[ 1 comments ]