Temuduga Maktab Perguruan (IPG)

Macam ni lah saya bila stress nak hadapi temuduga -..-

Greetings. Good morning. Anyone dapat tawaran temuduga untuk IPG? Bagi sesiapa yang dapat tu tahniah la ye :) Fyi, saya pun dapat dan saya sudah pun jalani sesi temuduga tu Isnin yang lepas. Saya dapat untuk subjek Matematik. My fav subj >w< Tehee. And saya nak kongsi la sikit my experience dalam temuduga tu. Sharing is caring kan? :* Ihik *gelak gedik*

Tempat temuduga saya dekat IPG Hulu Kinta, Ipoh. And since perjalanan nak pergi ke Ipoh ambil masa 2 jam and temuduga saya tu start pada pukul 8.30 pagi, saya kena bertolak dari rumah(Taiping) pukul 6 pagi. Bertapa mengantuknya kena bangun awal -..- *lari topik kejap* 

Ok untuk makluman, sampai je dekat pusat temuduga tu, firstly, korang akan buat Ujian INSAK. Ini saya rasa semua orang pun tahu kan? Ujian INSAK ni ada 135 soalan dan korang kena jawab dalam masa 30 minit. Ala ujian macam masa korang amek SPM tu. Ada dua pilihan jawapan dan jawablah soalan tu dengan jujur ye :) Mostly jawapan dia WAJAR or TAK WAJAR je. Lebih kurang macam soalan personaliti la. Then habis je Ujian INSAK, korang akan buat temuduga pulak. Ikutlah masa temuduga masing-masing. Before masuk ke bilik temuduga tu, korang akan diminta untuk serahkan fail korang yang ada Surat temuduga, Borang maklumat diri, Surat pernyataan hasrat, Surat pengakuan, Salinan dan Dokumen asal K/P, Sijil Lahir and Sijil Koku. Masuk je dalam bilik temuduga tu, korang akan duduk dalam satu baris ikut giliran koranglah. Then, penemuduga tu akan minta korang perkenalkan diri sorang-sorang. Bagitaulah nama korang, sekolah and aktiviti yang korang terlibat masa kat sekolah. Lepas habis sesi perkenalkan diri, korang akan ditunjukkan satu video and korang akan diminta untuk beri pendapat korang tentang video tu. Tak kisah la kebaikan ke cara ke. Asalkan ia merupakan pendapat korang :) Lepas tu, penemuduga tu akan tanya one last question. Terpulanglah dia nak tanya apa pun. Untuk saya, dia tanya sumbangan saya. And saya perlu jawab dalam Bahasa Inggeris. Dan selesai lah sesi temuduga korang. Dah boleh tarik nafas lega kan. Sedikit tips. Kalau boleh banyakkan bercakap and kalau ada peluang, biar korang jadi orang pertama yang jawab soalan. Ok moga-moga kita semua dapat tawaran masuk ke maktab :) Harap ini membantu :)



[ 0 comments ]