Senarai barang yang perlu dibawa ke Matrikulasi.
Ways to sneakily snap your crush's photo :

1. Grab your DSLR and take his/her picture.


2. Hide behind a car.

3. And TADAAA. Your crush's photo :)

Salam and hello world :) How're you doing? Sekarang ni mesti budak budak lepasan SPM busy nak buat preparations nak sambung study kan? Sama lah kita ;) Saya pun sekarang tengah busy pack barang and terlintas nak share sikit list barang yang perlu dibawa. \Hehe sorry intro entry ni panjang sikit. Kekeke/

Pakaian
  1. Seluar track 
  2. Seluar slack (untuk outing)
  3. Baju kurung (10)
  4. T-shirt lengan panjang (For aktiviti riadah)
  5. T-shirt lengan pendek (untuk pakai tidur)
  6. Stokin
  7. Tuala
  8. Kain batik
  9. Yang dalam2 tu (If you know what I mean.HAHA)
  10. Cadar
  11. Selimut
  12. Inner
  13. Telekung/Sejadah
  14. Tudung
  15. Blouse (untuk outing)
  16. Kasut sukan
  17. Kasut bertutup/flat
  18. Sandal (untuk pergi makan etc. Takkan nak pakai kasut sukan kud -..-)
Barang2 toilet
  1. Baldi
  2. Berus
  3. Raga mandi
  4. Hanger
  5. Penyepit
  6. Clothes hanger
  7. Berus/Ubat gigi
  8. Shaver
  9. Sliper toilet
  10. Sabun mandi
  11. Sabun basuh kain
  12. Pencuci muka
  13. Shampoo
  14. Bakul baju kotor
  15. Bedak
  16. Sikat
  17. Cermin
  18. Pad (untuk perempuan k)
  19. Deodorant
Lain lain
  1. Panadol
  2. Minyak angin
  3. Pinggan
  4. Sudu/garfu
  5. Cawan
  6. Bantal
  7. Jarum, benang, Baby pin (Ini untuk emergency. Takut seluar koyak or etc)
  8. Torchlight (incase blackout)
  9. Penyangkut belakang pintu
  10. Bakul baju kotor
  11. Nail clipper
  12. Alat tulis
  13. Penyapu/ Penyodok/ Bakul sampah (Yang ini korang berpakatlah dengan room mate korang)
  14. Pisau
  15. Stok makanan/ Air kotak =P
That's all I think. Anything yang korang nak tambah, tambah la. And list ni sesuai untuk perempuan je. For guys, kalau nak ikut sikit2 pun takpe. Hee oklah selamat maju jaya. \pyong/



[ 5 comments ]
UPSI or MATRIKS? Which one better?
Greetings fellas :) How're you doing? Well for me, harini keputusan UPU untuk kemasukan IPTA/Politeknik dah diumumkan. And guess apa yang saya dapat?



Yeah, saya dapat UPSI for Diploma Sains Matematik. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Lagipun ni first choice saya. Tapi bila nak difikirkan balik, diploma 3 tahun and then saya kena sambung Ijazah for another 3/4 years. That will take 7 years. But kalau saya masuk matriks, cuma 1 tahun and then sambung Ijazah 4 tahun. Dekat sini, saya dapat jimat setahun. And sekarang saya dilema nak pilih yang mana. UPSI or MATRIKS? Orang kata kena ikut hati sendiri tapi masalahnya hati saya pun tak tahu nak pilih mana. Hmm :/ Silap hari bulan saya main tan tan tut je --'

Ramai kawan yang dapat tawaran masuk U, nak masuk U. Diorang suma tolak matriks jauh jauh. Mengapakah? .____. Anyway, I wish you guys the best ok :)



[ 13 comments ]
Temuduga Maktab Perguruan (IPG)

Macam ni lah saya bila stress nak hadapi temuduga -..-

Greetings. Good morning. Anyone dapat tawaran temuduga untuk IPG? Bagi sesiapa yang dapat tu tahniah la ye :) Fyi, saya pun dapat dan saya sudah pun jalani sesi temuduga tu Isnin yang lepas. Saya dapat untuk subjek Matematik. My fav subj >w< Tehee. And saya nak kongsi la sikit my experience dalam temuduga tu. Sharing is caring kan? :* Ihik *gelak gedik*

Tempat temuduga saya dekat IPG Hulu Kinta, Ipoh. And since perjalanan nak pergi ke Ipoh ambil masa 2 jam and temuduga saya tu start pada pukul 8.30 pagi, saya kena bertolak dari rumah(Taiping) pukul 6 pagi. Bertapa mengantuknya kena bangun awal -..- *lari topik kejap* 

Ok untuk makluman, sampai je dekat pusat temuduga tu, firstly, korang akan buat Ujian INSAK. Ini saya rasa semua orang pun tahu kan? Ujian INSAK ni ada 135 soalan dan korang kena jawab dalam masa 30 minit. Ala ujian macam masa korang amek SPM tu. Ada dua pilihan jawapan dan jawablah soalan tu dengan jujur ye :) Mostly jawapan dia WAJAR or TAK WAJAR je. Lebih kurang macam soalan personaliti la. Then habis je Ujian INSAK, korang akan buat temuduga pulak. Ikutlah masa temuduga masing-masing. Before masuk ke bilik temuduga tu, korang akan diminta untuk serahkan fail korang yang ada Surat temuduga, Borang maklumat diri, Surat pernyataan hasrat, Surat pengakuan, Salinan dan Dokumen asal K/P, Sijil Lahir and Sijil Koku. Masuk je dalam bilik temuduga tu, korang akan duduk dalam satu baris ikut giliran koranglah. Then, penemuduga tu akan minta korang perkenalkan diri sorang-sorang. Bagitaulah nama korang, sekolah and aktiviti yang korang terlibat masa kat sekolah. Lepas habis sesi perkenalkan diri, korang akan ditunjukkan satu video and korang akan diminta untuk beri pendapat korang tentang video tu. Tak kisah la kebaikan ke cara ke. Asalkan ia merupakan pendapat korang :) Lepas tu, penemuduga tu akan tanya one last question. Terpulanglah dia nak tanya apa pun. Untuk saya, dia tanya sumbangan saya. And saya perlu jawab dalam Bahasa Inggeris. Dan selesai lah sesi temuduga korang. Dah boleh tarik nafas lega kan. Sedikit tips. Kalau boleh banyakkan bercakap and kalau ada peluang, biar korang jadi orang pertama yang jawab soalan. Ok moga-moga kita semua dapat tawaran masuk ke maktab :) Harap ini membantu :)



[ 0 comments ]
MAKTAB?

Poor panda XO 

 Morning world :* Open eyes big big #brokenenglish. Hee this morning agak kebosanan so me, decided nak post entry baru. So semalam keputusan temuduga for Maktab Perguruan dah keluar. OHYEAH me got a place for the temuduga :] \senyumpaksa/ Hmm bukan tak happy dapat temuduga, but saya tak nak jadi cikgu sebab saya TAK RETI MENGAJAR !! And yah bila parents dapat tau pasal ni, dorang happy gila. Terpancar wajah kegembiraan mereka yang tidak terkata kerana ternyata impian mereka untuk melihat salah seorang anak mereka untuk menjadi seorang guru hampir tercapai. #ayatskema Hehe maaf ayat skema sebentar. YA, parents saya nak sangat saya jadi cikgu and reasons dia adalah *dududududududu* *drum roll*



  1. Saya seorang perempuan ayu. Perempuan kalau jadi cikgu, banyak masa kat rumah. Boleh jaga makan minum suami.
  2. Keluarga saya ramai yang jadi cikgu. Datuk, nenek, moyang, nenek moyang, sedara mara ramai jadi cikgu. So, kiranya nak teruskan warisan. 
  3. Sebab kerja cikgu ni senang. (Senang ke? Aku tolong mak bapak aku semak buku pun dah naik gila)
  4. Kerja kerajaan dapat pencen. So ada la jugak duit masuk bila dah pencen nanti.
  5. Aku nak jadi akauntan. Tapi my mom risau nanti tak dapat kerja sebab akauntan ni banyak saingan and tak banyak peluang kerja. Betul ke? \Aku rasa kerja apa pun ada saingan dia. Yang penting usaha/
  6.  " Nak dapat tawaran maktab ni bukan senang dik oi~~ "

Are these reasons acceptable? @___@ Argh pening kepala. Before dapat tawaran, dah semangat nak masuk matriks, jadi akauntan. But bila dapat maktab rasa macam taktau nak buat pilihan pulak. Hmm apa apa pun berserah je la. 


P/S: Anyway, wish me luck for this interview. Salam ;) 

[ 1 comments ]
Matrikulasi Perlis ;)
Assalamualaikum and Salam SATU MEI ;) Eh? HAHA. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei and celik tak celik jugak saya dah nak sambung belajar dah. Huuu seperti yang saya kata dalam post saya sebelum ni, saya dapat MATRIKULASI PERLIS aliran AKAUN. Harini dah start busy nak print borang, nak isi borang and buat check-list for preparations nak pergi sana. 



Haa nampak tak, betapa banyaknya dokumen yang saya kena print out. Itu belum lagi nak kena isi and dapatkan pengesahan bagai. Ohoi. And ya for those yang dapat Matriks Perlis tu, bawah ni adalah perkara yang korang kena buat (tolong layari laman web MATRIKULASI PERLIS)


Klik gambar untuk pergi ke laman web KMP Perlis :)

Actually saya memang nak tunggu UPU, but saya rasa better saya masuk matriks dulu. Ikut gerak hati :3 Hee tadi ada la jugak buat survey pasal Matriks Perlis ni and terjumpa Blog Kak Mas. Seriously bila baca blog dia, banyak jugak info yang saya dapat pasal Matriks ni. Tambah tambah dia pun Matriks Perlis :) Dia kata Matriks ni macam sekolah la jugak and even kita still panggil pengajar dekat sana as "cikgu". Lagi kebaikan matriks ni dia cepat. Sama la macam Asasi. Boleh terus amek ijazah/degree if compare to diploma yang 3 tahun tu, lambat. But sijil diploma, laku untuk kerja. Sijil Matriks and asasi tak laku. Kalau masuk Matriks ni, kena struggle sebab kita cuma belajar satu tahun tapi sukatan yang kita belajar tu sepatutnya kita belajar untuk 2 tahun (haa paham tak ayat saya ni -__-' tunggang tebalik). And lagi satu yang pasal kalau masuk matriks, kalau result tak gempak, kena tendang. Mengikut apa yang saya baca, nanti bila masuk matriks sem 1, akan ada Peperiksaan Semester and kena dapatkan pointer 2 ke atas. Yang tak berjaya dapat pointer 2 ke atas, tak kena tendang but kena dipindahkan ke Program 2 Tahun. Ini untuk Aliran Sains. Untuk Aliran Akaun pulak, yang dapat pointer 2 kebawah still dapat continue belajar tapi dengan Amaran .___. And and yang paling best, masuk matriks dapat elaunnnnn, RM 1250 untuk Satu Semester :D

Haa itulah sedikit sebanyak yang saya tau pasal Matriks. If ada salah silap tolong betulkan ok? And if ada info tambahan pun boleh tolong bagitau :) Info ni pun saya dapat dari orang and apa yang saya dengar. Saya cuma share je :) Hee and thanx jugak pada Kak Mas ;) Banyak info dari blog dia :D


P/s : Congrats to my twin. Dia dapat matriks Perak dekat Gopeng. Huhu ingatkan boleh jumpa dia. Hee apapun hwaiting !! Good luck for you dear :3
[ 0 comments ]